Dasar Privasi

Terdapat banyak cara anda boleh menggunakan perkhidmatan kami, contohnya: daftar masuk ke laman web rasmi Xiaomi untuk membeli produk kami dan menggunakan produk serta servis kami. apabila anda mengongsikan maklumat dengan kami (Contohnya dengan mendaftar akaun Xiaomi), kami boleh memberikan servis yang lebih baik untuk anda, contohnya: memaparkan kemaskini produk dan iklan yang lebih berkaitan, membantu anda menyambung dengan orang atau berkongsi maklumat dengan lebih cepat dan senang. Oleh itu, kami hendak anda jelas dengan apa yang akan digunakan dengan maklumat dan cara-cara anda boleh melindungi privasi anda.

Dasar Privasi kami menjelaskan:
- maklumat yang dikumpul oleh kami
- Cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat tersebut.
- Pilihan yang ditawarkan oleh kami, termasuk cara mengakses dan kemaskini maklumat
- maklumat keselamatan dan perkongsian, dan aplikasi dan perubahan Dasar Privasi ini.


Maklumat yang dikumpul oleh kami

Kami akan mengumpul dua jenis maklumat anda. Maklumat peribadi (Maklumat peribadi bermaksud data tersebut boleh dikenalpasti dengan unik atau dihubung dengan seseorang individu) dan maklumat bukan peribadi (Bermaksud data yang tidak berhubung dengan seseorang individu). Jika kami menggabungkan maklumat peribadi dan maklumat bukan peribadi, maklumat tersebut akan dianggap sebagai maklumat peribadi dalam tempoh tersebut.


Bagaimanakah kami mengumpul dan menggunakan maklumat
koleksi dan penggunaan maklumat peribadi

Apabila anda berinteraksi dengan Xiaomi Inc (Atau Xiaomi/ kami di bawah) dan anggota gabungan, anda mungkin perlu memberikan maklumat peribadi sebelum menggunakan produk dan servis kami. Maklumat peribadi tersebut mungkin akan dikumpul dengan maklumat lain untuk mempromosikan produk dan servis kami.

Di bawah merupakan jenis maklumat yang akan dikumpul dan contoh cara penggunaan maklumat tersebut.


Koleksi maklumat peribadi

- Semasa anda mendaftar Akaun Xiaomi, muat turun atau kemaskini perisian Xiaomi, mendaftar di dalam Xiaomi Phone Online Store, menyertai tinjauan atas talian atau aktiviti lain yang diadakan oleh Xiaomi inc, kami anda dikehendaki untuk memasukkan maklumat peribadi.

- Semasa anda membeli produk Xiaomi atau servis, kami akan mengumpul maklumat peribadi yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad: maklumat pengiriman, akaun bank, maklumat kad kredit, alamat, kenalan atau rekod komunikasi.

- Semasa anda menggunakan produk Xiaomi untuk berkongsi maklumat dengan keluarga dan kawan, menghantar mesej dan produk atau menjemput individu lain melalui BBS Xiaomi, kami akan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan individu tersebut yang dibekal oleh anda, contohnya: nama, alamat dan nombor telefon.

- Semasa anda mengguna dan aktifkan peranti mudah alih Xiaomi untuk kali pertama, identifikasi maklumat pengguna mudah alih, identifikasi peranti mudah alih unik, maklumat lokasi peranti anda akan dihantar ke Xiaomi. Koleksi maklumat tersebut mungkin akan digunakan bagi kemaskini sistem atau perisian anda, pemulihan bagi tetapan kilang.


Kegunaan maklumat peribadi

- Xiaomi akan mematuhi Dasar Privasi ini dengan ketat apabila menggunakan maklumat peribadi anda. Maklumat peribadi anda akan digunakan semata-mata untuk tujuan yang dibenarkan anda kecuali yang telah dipapar di sini. Kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang lain.

- Maklumat peribadi akan digunakan untuk produk dan servis Xiaomi, berurusan dengan pesanan, melaksanakan kontrak antara anda dengan Xiaomi, bagi memastikan keselamatan dan fungsi produk dan servis kami, mengesahkan identiti atau mengelakkan dan panggilan palsu atau apa-apa jenis penggunaan yang tidak betul.

- Maklumat peribadi akan digunakan untuk membangunkan produk dan servis kami, walau bagaimanapun, kami akan menggunakan maklumat yang komprehensif dan maklumat statistik untuk tujuan tersebut dalam kebanyakan kes.

- Maklumat peribadi akan digunakan untuk tujuan komunikasi, contohnya, kita akan memberitahu anda tentang kemaskini dan pengeluaran produk dan servis Xiaomi.

- Maklumat peribadi akan digunakan untuk reka bentuk peribadi produk dan kita akan membekal servis yang lebih rapat. Contohnya, kami akan mengesyor dan memaparkan kandungan yang lebih berkaitan dengan anda dan iklan di dalam servis kami, atau menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan kajian. - Apabila anda menyertai loteri cabutan, pertandingan atau aktiviti serupa yang diadakan oleh Xiaomi, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menguruskan aktiviti tersebut.

- Identifikasi maklumat pengguna bimbit anda, identifikasi peranti bimbit unik, dan maklumat lokasi akan diguna untuk mengaktifkan servis-selepas dan lesen perisian tertentu, dan kami mungkin akan meminta bantuan anda untuk siasatan. Kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk mempromosi produk kami dan menganalisis kecekapan perniagaan kami. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menjejak lokasi anda.


Koleksi dan kegunaan maklumat bukan peribadi

Di samping itu, Xiaomi akan mengumpul dan mengguna maklumat bukan peribadi anda untuk beroperasi servis Xiaomi. Maklumat sebegini dapat membantu kami untuk membekalkan pengalaman pengguna yang lebih baik serta membantu pembangunan Xiaomi servis.

Di bawah merupakan kes di mana kami akan mengumpul and menggunakan maklumat bukan peribadi anda.


Koleksi maklumat bukan peribadi

- Apabila anda mencipta akaun Xiaomi, muat turun perisian dan kemaskini Xiaomi, mendaftar di Xiaomi Phone Online Store, menyertai tinjauan atau aktiviti lain yang diadakan oleh Xiaomi Inc., kami akan mengumpul maklumat anda seperti profesion, bahasa, poskod, kod kawasan, dan zon masa di mana produk Xiaomi dipakai.

- Maklumat yang berkaitan dengan tabiat penggunaan dan penemuan masalah — di mana anda mengambil bahagian dalam “Pelan Peningkatan Pengalaman Pengguna”, kami akan mengira penggunaan fungsi produk Xiaomi oleh anda secara tanpa nama ketika memerlukan, bagi mengumpul maklumat tabiat anda berkenaan dengan Laman web rasmi Xiaomi, produk dan servis. Apabila sistem berhenti dengan luar biasa, kami akan mengumpulkan maklumat persekitaran peranti tersebut untuk mendiagnosis masalah.

- Rekod pelayan—apabila anda menggunakan produk seperti thema MIUI, Speakoit Assistant, dan Pelayar, Xiaomi akan mengumpul rekod pelayan penggunaan data anda seperti muat turun, penyegerakan, maklumat pelayar dan sebagainya. Maklumat tersebut akan dianggap sebagai maklumat bukan peribadi.

- Maklumat Lokasi—apabila anda menggunakan program berasaskan lokasi yang dibekal oleh Xiaomi, kami akan mengumpul maklumat lokasi anda. Contohnya, apabila anda menggunakan pencarian berasaskan lokasi, iklan, cuaca atau pencarian dalam peta, maklumat anda akan dihantar ke Xiaomi supaya kami dapat membekal kandungan yang betul.

- Koleksi Kuki dan maklumat teknologi lain—Laman web rasmi Xiaomi, servis atas talian, aplikasi interaktif, E-mel dan iklan mungkin akan menggunakan Kuki dan teknologi lain untuk mengumpul dan menyimpan maklumat bukan peribadi anda.

- Maklumat log — apabila anda melayari server Xiaomi, kami akan menyimpan maklumat log secara automatik. Log pelayan tersebut mungkin mengandungi alamat IP, jenis pelayar, bahasa pelayar, URL rujukan, sistem operasi, tarikh/ masa dan data klik aliran.


Bagaimana pengguna boleh memilih maklumat yang dikongsi

Setiap individu ada pandangan yang berbeza tentang privasi, oleh itu, kami akan menjelaskan cara kami mengumpul maklumat dengan teliti supaya anda dapat membuat keputusan.

- Anda boleh memilih untuk menyertai “Pelan Peningkatan Pengalaman Pengguna” atau tidak. Anda boleh mematikan butang “Pelan Peningkatan Pengalaman Pengguna” untuk keluar dari pelan ini.

- Anda boleh mengubah tetapan lokasi di dalam tetapan peranti, contohnya, tukar atau matikan cara lokasi atau pelayan lokasi, atau mengubahsuai ketepatan lokasi anda, bagi mengubah maklumat lokasi yang dihantar ke Xiaomi.

- Anda boleh menerima atau melarang Kuki dalam pelayar. Anda boleh memadamkan Kuki pada bila-bila masa.


Mengakses dan mengemaskini maklumat anda

Layari https://account.xiaomi.com untuk daftar masuk akaun anda, anda boleh akses dan kemaskini maklumat peribadi anda. Anda juga boleh memadamkan maklumat peribadi anda yang tertentu atau meminta bantuan kami untuk berbuat demikian, melainkan jika kami memerlukan maklumat tersebut bagi isu undang-undang.

Apabila anda menggunakan servis kami, kami hendak membekalkan anda dengan akses ke maklumat peribadi anda. Jika maklumat tersebut salah, kami berusaha untuk membenarkan anda untuk kemaskini atau padam maklumat tersebut (kecuali kami perlu menyimpan maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan atau undang-undang yang sah). Apabila anda mengemaskinikan maklumat peribadi, kami mungkin akan suruh anda mengesahkan identiti anda sebelum kami mengambil tindakan.

Kami mungkin akan menolak permintaan berulangan yang tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menambah risiko ke privasi orang lain, atau yang tidak praktikal.

Kami akan menyediakan akses maklumat dan pembetulan secara percuma, kecuali permintaan tersebut memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang. Kami berhasrat untuk mengekalkan servis kami dengan cara yang melindungi maklumat dari pembinasaan. Oleh sebab itu, selepas anda memadamkan maklumat dari servis kami, kami tidak akan memadamkan salinan sisa di pelayan aktif dengan serta-merta dan mungkin tidak akan memadamkan maklumat tersebut dari sistem sandaran kami.

Kami mungkin akan menolak permintaan berulangan yang tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menambah risiko ke privasi orang lain, atau yang tidak praktikal.


Berkongsi maklumat dengan pihak ketiga

Kecuali perkongsian yang jelas dinyatakan di bawah ini, kami akan memastikan kesulitan Maklumat Peribadi anda dan kami tidak akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak ketiga.

Anda membenarkan dengan ini, dalam hal yang berikut, kami diberi kuasa untuk berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga tanpa kebenaran anda:

- Untuk membantu siasatan mahkamah, saman, penguatkuasaan atau permintaan peruntukan mandatori yang lain, kami akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga.

- Kami akan memberi maklumat peribadi kepada subsidiari dan sekutu kami atau perniagaan atau orang yang dipercayai untuk memproseskannya bagi kami, berdasarkan arahan kami dan mematuhi Polisi Privacy kami dan kerahsiaan dan langkah keselamatan.

- Kalau Xiaomi terlibat di dalam penggabungan, perolehan atau penjualan aset, kami akan terus memastikan kerahsiaan maklumat peribadi dan memberi notis kepada pengguna yang terlibat sebelum maklumat peribadi dipindahkan.

Bagi kegunaan perniagaan atau dalam usaha untuk melindungi pengguna, kami akan berkongsi maklumat Bukan peribadi secara terbuka dengan rakan kongsi kami untuk menunjukkan trend tentang kegunaan umum servis kami.


Maklumat keselamatan

Kami berusaha untuk melindungi pengguna kami daripada akses yang tidak dibenarkan atau pengubahan yang tidak dibenarkan, pendedahan atau pembinasaan maklumat yang dipegang oleh kami. Oleh itu, kami telah mengambil langkah berikut:

Kami merahsiakan servis kami dengan SSL.

Kami mengulas koleksi maklumat, storan, dan zarah pemprosesan kami, termasuk langkah keselamatan fizikal, untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan ke sistem.

Kami menyekatkan akses maklumat peribadi kepada pekerja Xiaomi dan ejen yang perlu tahu maklumat bagi memproses bagi kami, mereka tertakluk kepada kewajipan menjaga kerahsiaan yang ketat dan mungkin akan depecat jika mereka gagal untuk mematuhi kewajipan tersebut.

Maklumat keselamatan anda adalah sangat penting kepada kami. Oleh itu, kami akan terus berusaha untuk melindungi keselamatan Maklumat Peribadi anda, dan mengambil langkah keselamatan seperti penyulitan storan dan penghantaran, bagi melindungi maklumat anda daripada akses yang tidak dibenarkan atau pengubahan yang tidak dibenarkan, pembinasaan. Pada masa yang sama, kecuali pengguna sendiri, data tertentu tidak boleh dilayari.


Aplikasi Dasar Privasi

Dasar Privasi kami tidak termasuk produk dan servis yang ditawar daripada pihak ketiga. Produk Xiaomi dan servis mungkin akan dimasukkan di dalam produk atau servis pihak ketiga. Apabila anda mengguna produk dan servis tersebut, mereka mungkin akan mengumpul maklumat anda, oleh sebab ini, kami menasihati anda supaya membaca dasar privasi mereka.

Dasar Privasi kami tidak termasuk, maklumat koleksi oleh laman web lain selepas anda menekan pautan tertentu


Koleksi dan penggunaan Maklumat Peribadi kanak-kanak

Xiaomi mencadangkan kanak-kanak di bawah umur 13 untuk mendapatkan kelulusan daripada penjaga sah sebelum menggunakan produk dan servis Xiaomi. Xiaomi tidak akan mengumpul Maklumat Peribadi kanak-kanak jika kami tahu bahawa pengguna tersebut merupakan seorang kanak-kanak, kami juga tidak akan mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak ketiga. Penjaga mempunyai hak untuk menolak Xiaomi dan sekutunya untuk mengumpul Maklumat Peribadi kanak-kanaknya, atau meminta Maklumat Peribadi tersebut dipadamkan. Kalau kami mengumpul Maklumat Peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, kami akan memadamkannya dengan secepat mungkin.


Perubahan Dasar Privasi

Dasar Privasi kami mungkin akan diubah apabila masa. Kami tidak akan mengurangkan hak anda di bawah Dasar Privasi ini tanpa kebenaran jelas anda, kecuali jika kami memberitahu anda dengan notis e-mel atau notis tapak.


Amalan produk tertentu

Notis berikut menjelaskan amalan privasi tertentu berkaitan dengan produk dan servis Xiaomi tertentu yang mungkin digunakan anda.


Servis Penyegerakan Cloud Xiaomi

Xiaomi merupakan pembekal Servis Penyegerakan Cloud Xiaomi. Anda boleh menikmati fungsi internet tertentu dari Servis Penyegerakan Cloud Xiaomi, termasuk menyimpan Maklumat Peribadi anda (seperti mesej, kenalan, gambar, skrinshot, nota, e-mel, kalendar dan sebagainya) di dalam peranti dan komputer anda dan membenarkan akses ke maklumat tersebut. Apabila anda menggunakan Servis Penyegerakan Cloud Xiaomi untuk memulihkan servis telefon, anda akan diminta untuk upload Maklumat Peribadi termasuk maklumat lokasi. Sebaik sahaja anda melancarkan Servis Penyegerakan Cloud Xiaomi, Maklumat Peribadi anda akan dihantar ke Xiaomi secara automatik dan Xiaomi akan menyimpan maklumat tersebut. Hasilnya, akses anda ke maklumat tersebut atau menghantar maklumat tersebut tanpa wayar ke peranti atau komputer anda akan melancarkan Servis Penyegerakan Cloud Xiaomi.