• Perjanjian Pengguna Xiaomi

Selamat datang ke Xiaomi!

Dengan menggunakan perkhidmatan (“Perkhidmatan”) kami, anda bersetuju menerima syarat ini. Sila membacanya dengan berhati-hati. Xiaomi Sdn. Bhd. (“Xiaomi”) berhak untuk menukar terma-terma ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.


• Penggunaan perkhidmatan kami

Anda hendaklah mematuhi mana-mana polisi yang disediakan kepada anda dalam Perkhidmatan.

Xiaomi boleh menggantung atau berhenti memberikan Perkhidmatan kami kepada anda jika anda tidak mematuhi terma-terma atau polisi kami atau jika kami sedang menyiasat salah laku yang disyaki.

Penggunaan Perkhidmatan kami tidak memberi anda pemilikan kepada mana-mana hak harta intelek dalam Perkhidmatan atau kandungan yang anda akses. Anda tidak boleh menggunakan kandungan daripada Perkhidmatan kami melainkan jika anda mendapat kebenaran daripada pemiliknya atau jika dibenarkan oleh undang-undang. Syarat ini tidak memberi anda hak untuk menggunakan sebarang penjenamaan atau logo yang digunakan dalam Perkhidmatan kami. Jangan memindah keluar, melindungi atau mengubah sebarang notis undang-undang yang dipaparkan dalam atau bersama dengan Perkhidmatan kami.

Perkhidmatan kami memaparkan beberapa kandungan yang bukan milik Google. Kandungan ini adalah tanggungjawab sepenuhnya entiti tersebut yang menyediakannya. Kami mungkin menyemak semula kandungan bagi menentukan sama ada tidak sah atau melanggar polisi kami dan kami mungkin memindah keluar atau enggan memapar kandungan yang kami percaya dengan wajar melanggar polisi kami atau undang-undang. Tetapi ini tidak semestinya bermakna yang kami menyemak kandungan, jadi jangan menganggap bahawa kami berbuat demikian.

Jangan gunakan Perkhidmatan tersebut dalam cara yang mengalihkan perhatian anda dan mengelakkan anda daripada memathui undang-undang trafik atau undang-undang keselamatan.

Kebanyakan Perkhidmatan kami memerlukan sambungan Internet. Xiaomi tidak bertanggungjawab atas perbelanjaan yang dihasilkan akibat daripada menggunakan Perkhidmatan kami.

Berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, kami mungkin menghantar kepada anda pengumuman, mesej pentadbiran dan maklumat perkhidmatan yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak mengikut serta menerima beberapa komunikasi tersebut.


• Akaun Xiaomi Anda

Anda mungkin memerlukan Akaun Xiaomi ("Akaun") untuk menggunakan sebahagian Perkhimatan kami. Dengan mendaftar Akaun anda bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

Anda tidak akan memberikan apa-apa maklumat peribadi yang palsu, atau mendaftar akaun untuk sesiapa selain daripada diri anda tanpa kebenaran.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat hubungan anda tepat dan terkini.

Xiaomi berhak untuk memadam atau menggantung akaun anda pada bila-bila masa.

Sekiranya kami mematikan akaun anda, anda tidak akan mendaftarkan satu akaun lagi tanpa kebenaran.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua Kandungan ("Kandungan") yang berkaitan dengan akaun anda. Xiaomi tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku akibat daripada tindakan undang-undang pihak ketiga atau tindakan guaman.

Anda tidak akan berkongsi kata laluan anda, biarkan orang lain mengakses akaun anda, atau melakukan apa-apa saja yang boleh menjejaskan keselamatan akaun anda.

Sebarang Kandungan yang anda paparkan di Laman Web Xiaomi ("Laman") atau pada Laman Media Sosial Xiaomi (termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Google +, dan Tumblr) akan dianggap maklumat awam. Sekiranya anda tidak mahu pihak ketiga dapat mengakses atau menggunakan kandungan anda, jangan siarkannya di Laman Xiaomi atau Laman Media Sosial.

Apabila anda menamatkan akaun anda, Xiaomi berhak untuk mengekalkan Kandungan yang bersekutu dengan akaun anda.

Anda tidak akan menggunakan perkhidmatan Xiaomi untuk menghantar komunikasi komersial yang tidak dibenarkan (seperti spam).

Anda tidak akan mengumpul kandungan atau maklumat pengguna, dengan menggunakan cara automatik (seperti penuaian bot, robot, labah-labah, atau pengikis) tanpa kebenaran kami terlebih dahulu.

Anda tidak akan memuat naik virus atau kod berniat jahat.

Anda tidak akan mendapatkan maklumat login atau mengakses akaun milik orang lain.

Anda tidak akan membuli, mengugut, atau mengganggu mana-mana pengguna.

Anda tidak akan menyiarkan kandungan yang mengandungi: ucapan kebencian, mengancam, atau bersifat pornografi; menghasut keganasan; atau mengandungi kelucahan atau grafik atau keganasan tanpa sebab.

Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan kami untuk melakukan apa sahaja yang haram, mengelirukan, berniat jahat, atau diskriminasi.


• Mengenai Perisian dalam Perkhidmatan kami

Apabila suatu Perkhidmatan memerlukan atau termasuk perisian yang boleh dimuat turun, perisian ini boleh mengemas kini secara automatik pada peranti anda setelah versi atau ciri baru disediakan. Beberapa Perkhidmatan mungkin membenarkan anda melaraskan seting kemas kini automatik anda.

Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, mengedar, menjual atau menyewa mana-mana bahagian Perkhidmatan kami atau perisian yang disertakan dan anda tidak boleh mengatur songsang atau mencuba untuk mengeluarkan kod sumber perisian tersebut, kecuali undang-undang melarang pengehadan tersebut atau anda mempunyai kebenaran bertulis daripada kami.


• Pengubahsuaian dan Penamatan Perkhidmatan kami

Kami mungkin menambah atau memindah keluar kefungsian atau ciri dan kami mungkin menggantung atau menghentikan sama sekali suatu Perkhidmatan.

Anda boleh berhenti mengguna Perkhidmatan kami pada bila-bila masa, walaupun kami kesal dengan pemergian anda. Xiaomi juga boleh berhenti menyediakan Perkhidmatan kepada anda atau menambah atau mencipta had baru kepada Perkhidmatan kami pada bila-bila masa.


• Waranti dan Penolakan kami

Kami menyediakan Perkhidmatan kami menggunakan tahap kemahiran dan perhatian yang berpatutan secara komersial dan kami harap anda gembira menggunakannya. Tetapi terdapat perkara tertentu yang kami tidak janjikan mengenai Perkhidmatan kami.

SELAIN DARIPADA YANG DINYATAKAN SECARA JELAS DALAM SYARAT-SYARAT INI ATAU SYARAT TAMBAHAN, BAIK XIAOMI MAHUPUN PEMBEKAL ATAU PENGEDARNYA TIDAK MEMBUAT SEBARANG JANJI TERTENTU MENGENAI PERKHIDMATAN. CONTOHNYA, KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN MENGENAI KANDUNGAN DALAM PERKHIDMATAN, FUNGSI TERTENTU PERKHIDMATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAANNYA, KETERSEDIAANNYA ATAU KEUPAYAANNYA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN “SEBAGAIMANA ADA”.

BEBERAPA BIDANG KUASA MENYEDIAKAN WARANTI TERTENTU, SEPERTI WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGANNYA, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN TIADA PELANGGARAN. SEHINGGA TAHAP YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI MENGECUALIKAN SEMUA WARANTI.


• Liabiliti untuk Perkhidmatan kami

APABILA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, XIAOMI DAN PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA , TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEHILANGAN KEUNTUNGAN, HASIL ATAU DATA, KERUGIAN KEWANGAN ATAU GANTI RUGI TIDAK LANGSUNG, KHAS, LANJUTAN, TELADAN ATAU PUNITIF.

SEHINGGA TAHAP YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, JUMLAH LIABILITI XIAOMI DAN PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA, UNTUK SEBARANG TUNTUTAN DI BAWAH SYARAT INI, TERMASUK SEBARANG WARANTI TERSIRAT, DIHADKAN KEPADA JUMLAH YANG ANDA BAYAR KEPADA KAMI UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN (ATAU JIKA KAMI MEMILIH, UNTUK MEMBEKAL PERKHIDMATAN KEPADA ANDA LAGI).

DALAM SEMUA KES, XIAOMI DAN PEMBEKAL DAN PENGEDARNYA, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG KERUGIAN ATAU GANTI RUGI YANG TIDAK BOLEH DIJANGKAKAN SECARA MUNASABAH.


• Penggunaan perniagaan untuk Perkhidmatan kami

Jika anda menggunakan Perkhidmatan kami bagi pihak perniagaan, perniagaan tersebut menerima syarat ini. Ia tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan menanggung rugi Google dan anggota gabungan, pegawai, ejen dan kakitangannya daripada sebarang tuntutan, tindakan guaman, atau tindakan yang berpunca dari atau berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan atau pelanggaran syarat ini, termasuk sebarang liabiliti atau perbelanjaan yang berpunca dari tuntutan, kerugian, kerosakan, tindakan guaman, penghakiman, kos litigasi dan bayaran guaman.


• Mengenai Syarat-syarat ini

Kami mungkin mengubah suai syarat-syarat ini atau mana-mana syarat tambahan yang berkaitan dengan Perkhidmatan, contohnya, untuk menggambarkan perubahan undang-undang atau perubahan dalam Perkhidmatan kami. Anda harus menyemak syarat secara tetap.

Syarat ini mengawal perhubungan di antara Xiaomi dan anda. Ia tidak mencipta sebarang hak benefisiari pihak ketiga.

Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat ini dan kami tidak mengambil tindakan dengan serta-merta, ini tidak bermakna yang kami sedang menyerahkan mana-mana hak yang kami miliki (seperti mengambil tindakan pada masa hadapan).

Jika didapati syarat tertentu tidak boleh dikuatkuasakan, ini tidak akan menjejaskan mana-mana syarat yang lain.

Undang-undang Republik Rakyat China akan digunakan untuk sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan syarat-syarat ini atau Perkhidmatan tersebut. Semua tuntutan yang timbul daripada atau berkenaan dengan syarat atau Perkhidmatan ini akan dibuat litigasi secara eksklusif dalam mahkamah Republik Rakyat China, dan anda dan Xiaomi mengizinkan bidang kuasa persendirian dalam mahkamah tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara menghubungi Xiaomi, sila melawat halaman hubungan kami.

Tajuk setiap perenggan ditulis hanya untuk kemudahan membaca dan tidak mempunyai obligasi undang-undang atau kontrak.

Anda tidak boleh memindahkan hak dan obligasi yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.